Lotus

Kereta Bandar Lotus (Lotus City Car) Pasti Pada 2013

December 18, 2010


Konsep Lotus City Car di KLIMS lalu

Daripada 6 model Lotus yang dipamerkan pada pameran motor Paris yang lalu, hanya 5 sahaja yang dapat perhatian dari pihak media. Namun masih ada satu lagi konsep iaitu City Car atau kereta bandar. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lotus, Dany Bahar, kereta ini akan ke lantai pengeluaran pada tahun 2013 dan ianya adalah pasti. Tarikh pelancarannya adalah pada Oktober 2013. Sila teruskan bacaan untuk lebih info dan galeri Lotus City Car di KLIMS 2010.


Lotus City Car ini akan menggunakan platform yang dibina untuk range extender hybrid powertrain. Ianya adalah enjin 1.2liter 3 silider yang mempunyai motor elektrik dan dipadangkan dengan kotak gear 1 kelajuan. Bermakna, Lotus City Car mampu bergerak di dalam bandar dengan hanya menggunakan kuasa elektrik manakala enjin petrolnya boleh juga dihidupkan jika dikehendaki. Lotus merancang untuk mengeluarkan 2 versi untuk City Car ini dengan 1 untuk Eropah, 1 untuk Asia dan kemungkinan sebuah lagi versi yang lebih sporty.

Walaupun Lotus adalah pengeluar kereta sport, ini adalah satu innovasi dari mereka untuk mengoptimumkan jenama dan pengetahuan mereka dalam teknologi pembuatan kereta. Pada akhirnya, ini adalah perniagaan dan sebagai peniaga, mereka haruslah peka kepada trend dan perubahan pasaran. Semoga mereka berjaya dan membanggakan kita semua.

Sumber : Car Magazine

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!