Kia

Kia Pro_cee’d Facelift 2011

December 30, 2010

Kia telah mengeluarkan gambar tidak rasmi model Pro_cee’d facelift tahun 2011 yang dijangka dilancarkan di pameran motor Geneva pada Mac depan. Dengan perubahan utama pada lampu depan, gril korporat baru Kia dan fog lamp yang lebih agresif menampakkan model ini lebih menarik berbanding model sebelum facelift (gambar bawah) Walaupun belum rasmi tapi nampak ianya amat mengujakan.

Dijangkakan model ini akan menggunakan enjin baru 1.6liter turbodiesel dengan kuasa kuda sebanyak 128hp dan daya kilas sebanyak 254Nm.

Di Eropah kereta jenis hatchback memnag amat laris berbanding sedan sebab itu kita lihat banyak syarikat pengeluar kereta mempunyai model hatch khas untuk pasaran Eropah. Model Pro_cee’d ini dihasilkan di kilang Kia di Slovakia dan sudahpun mencecah angka 300,000 unit sejak dilancarkan. Sila teruskan bacaan untuk galeri Pro_cee’d facelift.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!