Peugeot

KLIMS : Nasim Lancar Peugeot 5008 MPV

December 7, 2010

Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan Peugeout di Malaysia telah melancarkan Peugeot 5008 MPV. Nampaknya Peugeot betul-betul serius untuk memberi impak kehadiran mereka dipasaran automotif Malaysia. ‘The French Beauty’ itulah jolokan yang diberikan kepada Peugeot yang sememangnya kena dengan rekaan-rekaan berseni dan menarik pada setiap model mereka.

Tidak terkecuali dengan model 5008 MPV 7 tempat duduk ini yang mempunyai styling yang menarik dan dinamik. Side mirror yang besar pasangan panel pintu memberi laluan kepada corner glass seterusnya mengurangkan titik buta ketika membelok. Lampu jenis projektor juga menambah lagi rupa MPV ini disamping memberi kelebihan ketika jalan basah.

Rekaan belakangnya pula nampak bersahaja namun dengan penggunaan lampu LED pasti nampak menarik dan moden. Cuma boleh ditambahkan spoiler belakang untuk kelihatan sporty kerana sememangnya orang Malaysia menyukai spoiler sebegitu.

Rekaan dalamannya pula amat menyerupai model SUV 3008 yang telah dilancarkan sebelum ini. Instrumen panel dengan susun atur konvensional tetap cantik dan mesra pengguna. Tuil gear juga dari jenis ‘gate’ dan mempunyai kemasan chrome untuk lebih nampak mewah.

Dari segi aksesori, memang tak dapat dibayangkan kerana ianya dipenuhi dengan pelbagai teknologi terkini dari keselamatan, mesra pengguna sehinggalah kepada segi hiburan. Kereta ini dilengkapi dengan HUD atau head up display yang sebelum ini diperkenalkan oleh BMW. Sistem distance alert pula membolehkan MPV ini memberi amaran jika jarak antara kenderaan hadapan terlalu dekat. Parking Assistant pula membantu untuk memudahkan mengambil parking dengan mengira ruang yang ada untuk rujukan pemandu. Aksesori lain termasuklah Electric Parking Brake, Hill Start Assist dan ESP. Dari segi hiburan, kereta ini mempunyai monitor pada head rest penumpang barisan ke2 dan 3 yang boleh memainkan DVD mahupun game. Dari segi keselamatan pula disamping penilaian kemalangan 5 bintang, MPV ini mempunyai sistem EBFD, EBA, ABS dan ESP.

Dari segi enjin pula, MPV menggunakan enjin Prince 1.6Liter THP (Turbo High Pressure) dengan menghasilkan kuasa sebanyak 156hp pada 6000rpm dengan tork sebanyak 240Nm seawal 1400rpm!. Enjin ini mempunyai unit turbo dwi cas dan pancutan minyak bertekanan tinggi menghasilkan gabungan yang baik untuk prestasi dan penggunaan petrol.

MPV paling lengkap! Begitulah yang dapat dikatakan untuk model MPV Peugeot ini. Dengan aksesori yang begitu hebat pasti bakal menambat hati para pembeli di Malaysia. (gambar autoinsidermalaysia).

Untuk Info KLIMS 2010 Klik Banner Di Bawah:

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!