Kia

KLIMS : Naza Lancar KIA Sorento Baru

December 7, 2010

Kia Sorento telah dilancarkan di Malaysia di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS). Seperti model terbaru Kia yang lain, Sorento juga direka dengan revolusi rekaan Kia dibawah bekas jurureka Audi, Peter Schreyer dan telah terbukti dengan jualan yang laris di pasaran Amerika Utara.


Model Baru Sorento ini menampilkan rekaan lampu HID, lampu belakang LED, Cermin sisi dengan lampu signal dan rim 18 inci. Model ini juga mempunyai panjang keseluruhan iaitu 4685mm panjang, 1885mm lebar dan ianya juga lebih rendah berbanding model sebelum ini.

Sorento ini dipacu oleh enjin 2.4liter DOHC CVVT yang menghasilkan kuasa sebanyak 174ps dan tork maksimum sebanyak 226Nm dipadankan dengan kotak gear automatik 6 kelajuan membuatkan pemanduan lebih berkuasa disamping menawarkan penjimatan petrol.

Rekaan dalamannya yang paling mengagumkan kerana nampak kereta buatan Korea sudahpun sama level dengan rekaan dalaman pengeluar Jepun. Susun atur panel instrumen yang menarik dan penggunaan tuil gear jenis ‘gate’ menambahkan lagi ciri-ciri mewah Kia Sorento baru ini.

Aksesori yang ditawarkan juga begitu banyak termasuklah stereng berbalut kulit, kerusi baris 2 dan 3 boleh dilipat rata, 6 beg udara (2 airbag depan, 2 sisi dan 2 airbag langsir), ABS, ESC, EBD, Hill Start Assist Control dan Downhill Brake Control.

Naza Kia belum lagi menetapkan harga jualan sebenar untuk Sorento baru ini namun mereka mengatakan model ini bakal berada di bawah RM160,000 pada harga rasmi. Mereka menyasarkan menjual sebanyak 150 unit sebulan. Apa komen anda? (gambar autoinsidermalaysia).

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!