Proton

KLIMS : Pengenalan Kepada Enjin Turbo Proton (Campro CFE)

December 5, 2010

Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Berhad telah mempamerkan enjin turbocharged pertama mereka di Pameran Motor Antarabangsa KL (KLIMS). Dinamakan Campro CFE, enjin bersesaran 1.6liter ini mempunyai kuasa 138hp pada 5000rpm dan 205Nm torque pada 2000-4000rpm. Enjin ini dikatakan mempunyai kuasa dan penggunaan petrol sama dengan enjin 2.0liter beraspirasi normal. Sila teruskan bacaan untuk lihat lebih gambar dan info mengenai enjin Campro CFE Turbo Proton ini.

Enjin turbocharged bersesaran kecil merupakan trend terkini terutamanya di Eropah dengan tujuan untuk mengurangkan pelepasan karbon kerana perlu mematuhi piawaian yang ketat. Seperti pengeluar ternama lain iaitu Volkswagen yang menggunakan teknologi TSi dan Peugeot Prince Twin Scroll turbo. Enjin Campro Turbo ini juga tidak kurang hebatnya walaupun jumlah kuasa kuda dan torque agak kurang mungkin kerana single charge yang digunakan oleh Proton.

Pengeluar Jepun yang lebih menumpukan pada hibrid kini bercadang untuk mengeluarkan enjin sebegini atas isu yang sama dan mungkin walaupu hibrid mempunyai pelepasan karbon yang rendah, maintenance lepas jualan agak mahal kerana perlu menukar bateri dan jika ada kerosakan pada motor elektrik. Apa komen anda?

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!