Perodua

Lagi Gambar Spyshots Myvi 2011 Ditemui

December 17, 2010

Spyshots Myvi 2011 ditemui lagi. Kali ini sedang berada di petak parkir. Myvi ini dijangka dilancarkan pada tahun depan dan desas-desus mengatakan ada versi 1.5liter. Jika kita lihat Perodua memberi lebih rekaan berlengkuk kepada Myvi baru ini berbanding model saudara mereka di Jepun iaitu Passo dan Boon.

Jika Perodua memberi rekaan lampu projektor yang menarik seperti rekaan pada Alza, pasti model Myvi bakal menjadi hit sekali lagi di pasaran Malaysia. Boleh jadi nampak seperti Volkswagen Golf. Sememangnya strategi Perodua adalah tepat kerana berdasarkan pemerhatian, ramai pengguna Perodua mahupun Proton yang mana mereka adalah 70% dari jumlah jenama pengguna kereta di negara kita sering menukar lampu mereka kepada projektor jenis OEM. Di harap jurureka Proton pun lebih peka terhadap citarasa pengguna tempatan.

Post terdahulu klik sini

Sumber: funtastickodesign

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!