Lotus

Lotus Akan Bawa 5 Model Baru Ke Malaysia

December 5, 2010

Lotus Cars Plc, pengeluar kereta prestasi tinggi Britain dan anak syarikat pengeluar kereta nasional iaitu Proton Holdings Bhd bercadang akan membawa 5 model baru ke Malaysia untuk memperkuatkan lagi jenama Lotus di negara ini dan juga Asia Tenggara.

Menurut pengurus wilayah Asia Tenggaranya, model global pertama yang akan dilancarkan adalah Lotus Esprit, yang mana pengeluarannya akan bermula pada hujung 2012 dan akan mula dijual seawal musim bunga 2013. Mereka akan membawa model tersebut ke Malaysia selepas 2 hingga 3 bulan dari tarikh pelancarannya kata beliau ketika ditemuramah di KLIMS.

Lotus Esprit, dipacu oleh enjin 5.0liter V8, menjana kuasa sehingga 620ps, bakal mempunyai prestasi luar biasa dengan rekaan ringan dan bakal menjadi supercar terhebat Lotus.

Sumber: business times

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!