Lotus

Lotus Evora Cup GT4 Menang Untuk Lotus Sport Italy Di Perlumbaan 6 Jam Vallelunga

December 14, 2010

Lotus Sport Italy mempertaruhkan 2 kereta Lotus Evora Cup GT4 dan 2 Evora Eleven GT4 pada perlumbaan ketahanan 6 Jam Vellalunga yang diadakan di Itali. Kereta itu menggunakan kotak gear Xtrac yang mana bakal digunakan pada Evora untuk model 2011.


Kereta Evora bernombor 21 yang dipandu oleh Gianni Giudici dan Johny Mowlem berjaya memenangi kelas FIA GT4 dan mendapat tempat ke10 terbaik menunjukkan prestasi dan ketahanan dalam perlumbaan. Giudici berkata “kereta dirasakan sangat hebat dan kuat, kotak gear Xtrac begitu sempurna dan keadaan litar yang basah membuatkan perlumbaan lebih menarik lagi. Saya cukup gembira!”.

Sumber: Lotusenthutiast

Info Vellalunga 6 Hours Endurance Race:

Vallelunga 6 Hours endurance race adalah perlumbaan tahunan yang diadakan untuk kereta sport di litar ACI Vallelunga, Itali.
Bermula pada 1973, perlumbaan itu mempunyai 2 kategori iaitu Vallelunga Silver Cup untuk kereta touring dan Vallelunga Gold Cup untuk pelbagai kereta sport dan grand tourer.

Tahniah kepada pasukan Lotus. Di harap Lotus dapat menterjemahkan kejayaan pada perlumbaan yang lain untuk meningkatkan jenama mereka secara tidak langsung meningkatkan imej syarikat induk mereka iaitu Proton.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!