• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Admin
  • Pengiklanan
  • Contact
sembang-auto.com

sembang-auto.com

Peneraju informasi automotif Malaysia

Nasim bawa masuk Peugeot 308 CC

December 30, 2010 by admin Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Email, RSS Follow

Model kereta sport convertible dua pintu berada dalam pasaran 6 Januari

NASIM Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Peugeot di Malaysia akan membuka tirai 2011 dengan melancarkan model 308 CC baru pada 6 Januari ini.

Ketua Eksekutifnya, SM Nasarudin SM Nasimuddin, berkata model convertible dua pintu itu adalah yang pertama daripada tiga model baru yang akan dilancarkan syarikat itu tahun depan.
Beliau berkata, 308 CC baru dengan reka bentuk bergaya dan sporty serta ciri mewah dan teknologi termaju itu, bakal mengukuhkan lagi jenama Peugeot dalam segmen coupe cabriolet tempatan.

“Model coupe cabriolet kami sebelum ini, 207 CC adalah peneraju pasaran dalam segmennya dan kami percaya 308 CC baru ini juga akan popular dalam segmen pasaran khusus ini.

“Peugeot adalah pengeluar kereta pertama memperkenalkan model coupe cabriolet menerusi 401 pada 1930an dan 308 CC baru ini akan mengukuhkan kedudukan Peugeot sebagai peneraju pasaran dalam segmen itu,” katanya menerusi satu kenyataan.

Peugeot 308 CC baru itu akan ditawarkan pada harga pengenalan RM200,000. Kereta itu akan turut serta dalam pameran bergerak Nasim yang akan diadakan di Pusat Beli-Belah Bangsar pada 7 hingga 9 Januari ini.
Model itu menggambarkan falsafah Peugeot iaitu ‘Gerakan dan Emosi’ dengan penekanan kukuh terhadap reka bentuk, teknologi dan meletakkan emosi di tengah-tengah pengalaman permotoran.

308 CC baru itu menampilkan gaya sporty di bahagian luaran menerusi lampu utama xenon, lampu belakang LED, rim aloi 18-inci dan reka bentuk ‘diffuser’ belakang berkembar.

Di bahagian dalamnya, 308 CC menampilkan kemasan kulit mewah yang dipadankan dengan gaya model cabriolet berprestij, skrin resolusi tinggi 7 inci boleh lipat, sistem Hi-Fi JBL, penyaman udara dua zon serta kerusi kulit elektrik premium di bahagian depan yang dilengkapi funsi memori untuk kerusi sebelah pemandu.

Ia dilengkapi bumbung lipat elektrik dua bahagian yang hanya mengambil masa 20 saat untuk dilipat sepenuhnya bagi menjadikannya sebuah model coupe dinamik atau cabriolet yang menawan.

Aspek keselamatan juga adalah ciri utama 308 CC yang mana model itu dilengkapi enam beg udara serta beg udara bahagian tepi kepala pertama di dunia.

Model itu dijana enjin petrol suntikan terus turbo tekanan tinggi Peugeot yang berupaya menghasilkan 156 kuasa kuda dan 240 Nm daya kilasan yang dilengkapi sistem transmisi enam kelajuan dengan ciri tiptronik dan sport.

Email, RSS Follow

Share this:

  • Facebook
  • X
Share this on WhatsApp

Filed Under: Peugeot Tagged With: 308 cc

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
CAPTCHA Image
Refresh Image
*

Primary Sidebar

Iklan

Like Kami Di Facebook

Hantaran Terkini

  • 5 Model Teratas Pasaran Kereta Di Jepun Untuk Separuh Pertama Tahun 2025 September 20, 2025
  • Proton Persona Capai 1 Juta Kilometer, Pemilik Berasa Bangga Bersama ‘Sahabat’ September 18, 2025
  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti March 10, 2024
  • Nombor Siri Alphard Vellfire AGH30/35 Berkemungkinan Mengalami Masalah Gearbox December 12, 2023
  • Toyota Bakal Keluarkan Kereta Elektrik Dengan Had Jarak Lebih 1000km, Dijual Pada 2027 September 17, 2023
  • Proton X90 Terbakar: Pemilik Perlu Periksa Di Pusat Servis September 16, 2023
  • Enjin Vellfire Siri 20 Bunyi Bising: Mekanik Buat Ujikaji Buang Balance Shaft September 16, 2023
  • Brosur Vellfire Siri 40 Baharu Bocor Sebelum Pelancaran June 15, 2023
  • Lagi Gambar Alphard Dan Vellfire 2023 Bocor Sebelum Pelancaran June 11, 2023
  • Gambar Toyota Alphard Dan Vellfire Siri 40 Bocor Sebelum Pelancaran Rasmi May 30, 2023

Carian

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in