Peugeot

Nasim Tandatangani MoU Hasilkan 60 Ribu Unit Kereta Segmen C Baru

December 18, 2010

Nasim Sdn Bhd, anak syarikat kumpulan Naza telah menandatangani perjanjian untuk menghasilkan model segmen C di kilang mereka di Gurun. Perjanjian awal adalah untuk menghasilkan 60 ribu unit. Model yang diberi kod nama T73 adalah model terbaru Peugeot yang baru dilancarkan di China iaitu model 408.


Perjanjian ini adalah untuk tempoh 5 tahun dan Nasim dijangka akan mengeksport 60% model itu ke pasaran ASEAN. Peugeot memang betul-betul serius untuk bertapak dan meningkatkan semula imej jenama mereka terima kasih kepada usaha keras dari pemasang dan pengedar rasmi mereka iaitu Nasim. Jika sebelum ini ramai pengguna mempunyai rasa kurang yakin atas jenama Peugeot terutamanya khidmat lepas jualan dan harga alat ganti, kini mereka boleh menarik nafas lega untuk memiliki jenama yang dipanggil The French Beauty ini.

Sumber: Peugeot Malaysia

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!