Perodua

Perodua Akan Hasilkan Sendiri Kotak Gear Automatik

December 5, 2010

Perodua, pengeluar kereta terbesar di Malaysia mengikut jumlah jualan, merancang dengan rakan teknikal mereka iaitu Daihatsu Motor Corp untuk menghasilkan sendiri kotak gear automatik elektronik (EAT). Perancangan ini membabitkan perbelanjaan pembangunan fasiliti berjumlah ratusan jutaan ringgit.

Kilang pengeluaran tersebut akan didirikan di kawasan kilang Perodua sedia ada di Rawang dan adalah yang pertama sepertinya di Malaysia, kata seorang pegawai eksekutif kanan Perodua.

Pada masa sekarang, Perodua memasang kotak gear automatik yang diimport dari Jepun dan dipakai pada model Myvi dan Alza. Bila projek ini bermula, pengeluaran menggunakan komponen akan bertambah seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada import.

Sumber: business times

Keputusan Perodua membawa pengeluaran kotak gear ke Malaysia dlihat tepat kerana ianya bukan sahaja dapat mengurangkan kebergantungan kepada import, ianya juga dapat mengurangkan harga kenderaan secara keseluruhan. Harga alat ganti servis juga lebih murah justeru mengurangkan beban perbelanjaan pengguna jika diperlukan. Para vendor tempatan juga bakal mendapat suntikan teknologi baru jika dikehendaki membuat sub komponen untuk pengeluaran kotak gear tersebut.

Kotak gear merupakan bahagian yang paling sukar untuk dibuat dan pembangunannya pula memerlukan perbelanjaan yang sangat besar. Teknologi kotak gear perlu dipelajari dan kita berharap kejuruteraan tempatan juga berupaya menghasilkan kotak gear dengan paten sendiri.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!