Proton Aseelah? Ya ini adalah satu model misteri yang diperoleh dari sumber website Nissan Arabia. Masih lagi tiada info jika ada Proton melakukan usahasama dengan syarikat Arab yang mungkin mereka suka melihat jika Persona dan Satria Neo digabungkan. Hasilnya adalah ‘Aseelah’ seperti gambar di atas. Teruskan bacaan untuk lebih gambar mengenai Proton Aseelah ini.
Bagaimana? Mungkin ini lebih cantik dari Persona Elegance sekarang. Sesiapa tahu mengenai kerjasama terbaru Proton ini boleh emel ke saya atau beri komen anda.
Sumber: Nissan Arabia
Update info ‘Aseelah’:
11 orang engineer Saudi telah dihantar ke syarikat Proton Malaysia untuk mendapat latihan mendesign kereta. “Aseelah” ini adalah hasil setelah beberapa bulan pembelajaran, latihan dan amali . Dalam tempoh itu mereka telah berjaya mendesign semula sebahagian part kereta daripada luar dan dalam dan meningkatkannya. Ini diperkirakan sebagai peringkat permulaan dalam Projek pemindahan teknologi pembuatan kereta kepada Saudi.