Proton

Proton Lancar Enjin Turbo Tahun Depan

December 20, 2010

Proton Holdings Bhd bercadang mengeluarkan pelbagai variasi kereta menggunakan enjin Campro Turbo tahun depan.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata enjin Campro Turbo akan memberi kuasa kuda lebih berbanding enjin Campro sedia ada.

“Kami yakin banyak pengguna inginkan lebih kuasa dalam kereta mereka. Ini satu aktiviti yang kami mulakan dua tahun yang lalu dan persiapan sudah dibuat serta kereta yang menggunakan enjin Campro Turbo akan dikeluarkan tahun depan,” katanya selepas melancarkan pameran bergerak kereta Proton terdahulu dan masa kini di Shah Alam, kelmarin.

Festival Proton 1Malaysia itu akan mengadakan pameran di 11 lokasi di seluruh Semenanjung yang bermula di Stadium Indera Mulia di Ipoh, semalam, membabitkan 180 peserta dan konvoi 60 kereta Proton termasuk 25 kereta rasmi kelab kereta Proton.

Ditanya mengenai pengeluaran kereta hibrid, katanya Proton bekerjasama dengan kerajaan untuk menghasilkan kereta hibrid.

“Kami akan membina kereta hibrid bagi kegunaan kerajaan dan sebagai permulaan ia akan digunakan di Putrajaya dan Cyberjaya.

Matlamat kami akan mengeluarkan (kereta hibrid) di dalam pasaran dan ini mungkin akan mengambil sedikit masa.

“Satu-satunya cara mengurangkan pengeluaran karbon ialah dengan mengeluarkan kereta mesra alam sekitar dan kami ingin memastikan kualitinya baik,” katanya. — Bernama.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!