Proton

Proton Pamer Saga EV Hasil Kerjasama Dengan UTM Sebelum KLIMS

December 1, 2010

Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Berhad telah mempamerkan model Saga EV (Electric Vehicle) hasil penyelidikan bersama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selama 11 bulan. Ini adalah bukan Saga EV concept yang dipamerkan sebelum ini kerana Saga EV kali ini mempunyai elemen hijau atau mesra alam.

Model ini menggunakan bateri 50Ah Lithium Ion yang menjana kuasa 15kW dan motor elektrik sejukan udara yang boleh mencapai puncak pada 11000rpm, menghasilkan kuasa puncak 63hp dan daya kilas maksimum 92Nm.

Saga EV ini mengambil masa 7 hingga 8 jam untuk dicas menggunakan sumber voltan 240v. Walaubagaimanapun ianya juga boleh dicas dengan cepat jika keadaan memerlukan. Dari segi prestasi, Saga EV ini boleh mencapai kelajuan maksimum 125kmh dan jarak maksimum sejauh 165km. Masa yang diambil untuk kelajuan 0-100kmh ialah 14.5 saat.

Langkah yang baik dari Proton untuk mempromosikan KLIMS yang akan bermula 3 Disember ini. Kerjasama seperti ini sememangnya diharapkan dari dahulu lagi kerana selama ini banyak R&D pelajar-pelajar universiti tidak dapat dikomersilkan seterusnya habis begitu sahaja. Syabas Proton. Apa komen anda mengenai Saga EV ini?

Sumber: paultan

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!