Uncategorized

Proton Persona Replacement Ke Production 2012, Guna Enjin Baru Phoenix

December 17, 2010

Model konsep Tuah yang dipamerkan di KLIMS adalah model tanah liat untuk model gantian Persona atau Persona replacement. Dijangka akan dikeluarkan pada tahun 2012. Persona yang dijual sekarang telah melalui facelift pertengahan fasa dan mungkin akan ada satu lagi facelift dari Proton sebelum pengeluarannya ditamatkan untuk memberi laluan kepada model baru ini.


Bagi admin, Persona sekarang seperti keliru untuk diletakkan dalam segmen B atau C kerana saiznya yang tidak memihak kepada kedua-dua belah. Ataupun kita boleh katakan dia adalah sub segmen kepada kedua-duanya dan duduk di antara segmen B dan C. Namun begitu, model gantian Persona ini nampak lebih besar dan mempunyai asas roda yang panjang seharusnya mempunyai ruang dalaman yang lebih luas.

Rekaan side profile dan hadapan sudah menarik dan mungkin Proton boleh menambah beberapa garisan lengkuk lagi pada hood dan panel pintu menambah muscle kereta ini. Rekaan cermin sisi pasangan panel pintu juga dialukan-alukan namun begitu cermin sisi haruslah lebih besar dan jika boleh berbentuk segiempat untuk kurangkan titik buta kepada pemandu. Penambahan corner glass juga boleh membantu.

Rekaan bahagian belakangnya juga menarik dengan lampu kombinasi yang bersambung di sepanjang garisan trunk lid. Pastinya penggunaan lampu LED akan menambahkan lagi kemodenan Persona.

Persona baru ini bakal menggunakan enjin turbocharged Campro CFE 1.6liter dengan kuasa 138hp dan 205Nm tork. Enjin ini yang dibangunkan di bawah projek phoenix, kini berada diperingkat akhir ujian dan bakal membuat kemunculan sulung pada model Exora dengan menggunakan kotak gear CVT pada tahun depan. Semoga model persona ini menjadi model global yang berjaya untuk Proton.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!