Proton

Saga FL (Facelift) Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi

December 14, 2010

Proton telah bersiap sedia melancarkan Saga Facelfit atau Saga FL dalam masa terdekat. Beberapa info dari blog automotif juga telah mengatakan Saga facelift telahpun berada di pusat pameran dan jualan Proton di beberapa tempat. Gambar di atas saya peroleh dari blog writtenbyhim menunjukkan Saga Facelift sedang diangkut ke gudang Proton di kawasan sijangkang.


Di belakang Saga facelift ini tertera tulisan SAGA FL. Tidak dapat dipastikan apa maksud FL pada tulisan tersebut. Walaupun facelift, biasanya tiada penambahan apa-apa pada nama model namun untuk Saga mereka menambah FL pada nama SAGA. Mungkin maksudnya facelift atau mungkin lain?

Sebelum ini kami ada menyiarkan entri mengenai Saga facelift yang telah dilancarkan di Pameran Auto Expo Thai. Konsep Saga Facelift juga dipamerkan di KLIMS yang berakhir pada minggu lepas. Dengan perubahan muka dan belakang yang radikal, Saga akan menjadi lebih menarik lagi.

Update: Saga FL akan dilancarkan 15 Disember di seluruh Malaysia.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!