Uncategorized

Selamat Tahun Baru 2011 Dari Sembang-auto.com

December 31, 2010

Tahun 2010 telahpun melabuhkan tirai kini tibalah tahun 2011. Segala apa yang berlaku pada tahun 2010 akan menjadi kenangan dan memori. Bagaimana anda dengan tahun 2011? Apakah azam baru anda? Apa pun kita haruslah berfikiran positif walau apapun cabaran yang mendatang.

Saya sebagai admin sembang-auto.com ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca blog ini kerana memberi sokongan yang baik kepada blog ini. Saya mendapat idea untuk membuat blog automotif kerana minat saya yang mendalam pada bidang automotif dan dengan blog juga saya fikir dapat mengembangkan lagi informasi automotif disamping dapat berkongsi info dengan pembaca-pembaca semua. Blog tanpa pengunjung adalah tidak bermakna dan saya amat menghargai sokongan yang diberikan walaupun blog ini baru sahaja dilancarkan 3 bulan lepas.

Untuk menghargai sokongan peminat blog sembang-auto.com ini, saya sebagai admin ingin memberikan satu panduan mengenai Panduan dan Tips penyelenggaran kereta secara percuma kepada mereka yang telah menjadi facebook fanpage sembang-auto.com.

Buku ini walaupun ringkas tetapi padat dengan panduan dan tips penyelenggaraan kereta yang saya fikir perlu ada pada semua pemilik kereta. Sila dapatkannya di [sini]. Untuk mereka yang sudahpun menjadi fanpage blog ini juga perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan untuk mendapatkan panduan ini.

Post ini admin akan membuatkannya sticky namun post baru akan berada di bawah post ini selama beberapa hari untuk memudahkan anda mendapatkan buku panduan ini. Juga beritahulah kepada rakan-rakan lain dan pastikan mereka juga menjadi fanpage dahulu sebelum saya menghantar buku panduan ini.

Terima kasih.

Azizul Khilmi,
Admin, www.sembang-auto.com

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!