Toyota

Toyota Vitz/Yaris Dilancar Di Jepun – Heart Up!

December 22, 2010

Toyota hari ini telah melancarkan generasi ketiga kereta 1 box mereka iaitu Toyota Vitz atau dipanggil Yaris di pasaran luar Jepun. Model yang bersaing dengan Honda Fit ini telah mengalami revolusi rekaan dengan nampak lebih garisan tajam terutamanya pada bahagian depan dan nampak seperti sudah semakin menjadi seperti Honda Fit yang nyata lebih popular di Jepun. Sila teruskan bacaan untuk lebih info dan galeri Toyota Vitz model baru ini.

Bagaimana jika dibandingkan dengan Honda Fit? Nampaknya Toyota memang serius untuk menyaingi jualan Fit dan telah membuat ulangkaji yang lengkap sebelum melancarkan Vitz baru ini.

Rekaan belakangnya juga nampak menarik dengan rekaan lampu kombinasi belakang yang beralun menambah lagi ciri-ciri dinamik Vitz baru ini. Model RS juga mendapat spoiler pada pintu belakang dan nampak lebih sporty dan menarik.

Interiornya mengalami revolusi, ya itulah yang boleh dikatakan selepas 2 generasi sebelum ini menggunakan panel instrumen di tengah kini Vitz baru kembali kepada rekaan konvensional dengan meter cluster di bahagian pemandu. Rekaan nampak simple tetapi rekaan tuil gear berbentuk gate dengan kemasan chrome menambah rasa mewah Vitz. Lantai belakang juga direka flat untuk ruang penumpang yang optimum seperti model sedia ada sekarang.

Terdapat 2 varian enjin yang ditawarkan iaitu 1.0liter dan 1.3liter masing-masing menjana 69 dan 70ps pada 6000 rpm, tork 92 dan 121Nm pada 3600-4000rpm. Keduanya menggunakan kotak gear CVTi 7 kelajuan.

Sumber: toyota.jp

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!