Uncategorized

Detroit 2011: Volkswagen NMS Adalah Passat Pasaran Amerika Utara

January 12, 2011

Volkswagen NMS (new midsize sedan) yang ditemui baru-baru ini adalah model Passat untuk pasaran Amerika Utara dengan perubahan ukuran saiz yang lebih besar. Rekaan Passat baru ini tidaklah biasa sangat tetapi tidak membawa impak kepada sesiapa yang melihatnya. Lain dengan rekaan Passat CC yang nampak lebih berlengkuk dan dinamik. Lampu dan gril menggunakan trademark korporat terbaru model-model Volkswagen yang lain.

Daripada pandangan sisi, jelas ia menyerupai Toyota Camry, yang menjadi kereta sedan terlaris di pasaran Amerika pada 2010. Mungkin strategi rekaan sebegini dapat membantu Volkswagen untuk menjual lebih 800 ribu unit kereta di Amerika.

Rekaan dalamannya pula masih mengekalkan rekaan konvensional seperti model-model Volkswagen yang lain. Amnya, pengeluar Jerman mempunyai rekaan interior yang konvensional tetapi kemas. Namun, jika dibanding dengan pengeluar Jepun atau Korea, interior sebegini mungkin sudah nampak ketinggalan zaman dan kurang menarik pada harga yang ditawarkan.

Volkswagen Passat akan dipasang di Kilang DRB Hicom untuk pasaran Malaysia dan seterusnya untuk Asia Pasifik. Dikatakan mereka sedang mencari 40orang jurutera automotif untuk membantu mereliasisasikan projek tersebut di Pekan, Pahang. Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah dapatkan info di Jobstreet.com. Sila teruskan bacaan untuk lihat galeri Volkswagen Passat Amerika Utara.

Sumber: autoblog

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!