Baru-baru ini admin ada menerima soalan dari rakan pembaca yang ingin menggantikan kereta Honda Civic 2.0liternya dengan model Accord Euro R. Beliau bertanyakan pro dan kontra apabila memiliki dan mengendalikan model Euro R tersebut. Sememangnya model-model JDM atau Japan Domestic Market lebih menarik dari model-model di pasaran luar kerana di Jepun pastinya kuasa beli lebih tinggi dan kemudahan penyelenggaraan yang mudah. Pihak Honda juga boleh membawa kereta ini secara rasmi ke pasaran sesuatu negara namun kekangan harga, kuasa beli dan skala ekonomi menyebabkan mereka boleh mengalami kerugian pada modal yang dilabur untuk promosi, latihan penyelenggaran dan rangkaian alat ganti yang sudah tentu memerlukan belanja yang besar.
Honda Accord Euro R ialah model Accord yang mempunyai saiz lebih kecil berbanding Accord yang dijual secara rasmi sekarang kerana Accord sekarang adalah diambil dari model Inspire pada pasaran JDM untuk bersaing dengan Toyota Camry yang ternyata lebih besar. Accord Euro R ini menggunakan enjin K20A I-Vtec yang mempunyai ‘revving’ yang tinggi dan juga digunapakai pada Integra Type R dan Civic Type R. Ia menghasilkan kuasa sebanyak 220hp dan 206Nm daya kilas dipadankan dengan kotak gear manual 6 kelajuan.
Dari segi penggunaan, pastinya kereta ini menggunakan bahan bakar yang lebih kerana prestasi dan semestinya menggunakan minyak RON97 atau Hi-Oku (High Octane) jika di Jepun. Dari segi alat ganti di Malaysia, alat ganti untuk ‘underbody’ seperti drive shaft, lower arm secara amnya ‘agak mudah’ kerana berkongsi dengan model Type R yang lain dan adanya kedai half cut namun komponen plastik seperti door handle, bumper, lampu kombinasi mungkin sukar dicari jika pecah atau patah.
Saranan sembang-auto.com adalah jika benar-benar untuk membeli kereta sebegini untuk dijadikan kenderaan harian, ianya adalah tidak praktikal kerana anda perlu memikirkan hal alat ganti dan kos penyelenggaraan jika diguna terlalu kerap seperti di atas. Tetapi jika ianya untuk anda bergaya dan kegunaan hujung minggu, kereta ini memang best!
Admin.