• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Admin
  • Pengiklanan
  • Contact
sembang-auto.com

sembang-auto.com

Peneraju informasi automotif Malaysia

MAI Mahu Lahir 4,600 Pereka Bentuk Automotif

January 12, 2011 by admin Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Email, RSS Follow

INSTITUT Automotif Malaysia (MAI) yakin melahirkan 4,600 pereka bentuk dalam industri automotif menjelang 2015 sejajar aspirasi kerajaan mewujudkan hab automotif reka bentuk, kejuruteraan dan perkhidmatan tempatan di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Madani Sahari berkata, pada masa ini terdapat 1,210 pereka dalam bidang automotif di negara ini yang berkhidmat dengan pelbagai syarikat permotoran terutama Proton Holdings Berhad (Proton) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua).

Katanya, apabila sasaran itu tercapai, pastinya lebih ramai syarikat asing berminat untuk melabur ke negara ini membabitkan bidang rekaan automotif.

“MAI diwujudkan bagi membantu industri dalam beberapa bahagian, satu daripadanya pembangunan modal insan dalam industri automotif.

“Apabila sasaran ini dicapai dalam tempoh lima tahun akan datang, tentunya mampu menambah baik dan meningkatkan kemahiran serta kejuruteraan reka bentuk automotif negara,” katanya pada sidang media selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MAI dan DreamEDGE Sdn Bhd (DreamEDGE) di Kuala Lumpur, semalam.

MoU berkenaan dimeterai Mohamad Madani yang mewakili MAI dan Ketua Pegawai Eksekutif DreamEDGE, Khairil Adri Adnan sambil disaksikan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Kerjasama itu langkah pertama dalam siri pakatan dirancang MAI untuk meningkatkan keupayaan reka bentuk dan kejuruteraan tempatan bagi industri automotif tempatan. Sementara itu, Mukhriz berkata, pereka automotif di negara ini sudah mencapai kualiti dan tahap sama dengan negara maju.

Email, RSS Follow

Share this:

  • Facebook
  • X
Share this on WhatsApp

Filed Under: Uncategorized

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
CAPTCHA Image
Refresh Image
*

Primary Sidebar

Iklan

Like Kami Di Facebook

Hantaran Terkini

  • 5 Model Teratas Pasaran Kereta Di Jepun Untuk Separuh Pertama Tahun 2025 September 20, 2025
  • Proton Persona Capai 1 Juta Kilometer, Pemilik Berasa Bangga Bersama ‘Sahabat’ September 18, 2025
  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti March 10, 2024
  • Nombor Siri Alphard Vellfire AGH30/35 Berkemungkinan Mengalami Masalah Gearbox December 12, 2023
  • Toyota Bakal Keluarkan Kereta Elektrik Dengan Had Jarak Lebih 1000km, Dijual Pada 2027 September 17, 2023
  • Proton X90 Terbakar: Pemilik Perlu Periksa Di Pusat Servis September 16, 2023
  • Enjin Vellfire Siri 20 Bunyi Bising: Mekanik Buat Ujikaji Buang Balance Shaft September 16, 2023
  • Brosur Vellfire Siri 40 Baharu Bocor Sebelum Pelancaran June 15, 2023
  • Lagi Gambar Alphard Dan Vellfire 2023 Bocor Sebelum Pelancaran June 11, 2023
  • Gambar Toyota Alphard Dan Vellfire Siri 40 Bocor Sebelum Pelancaran Rasmi May 30, 2023

Carian

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in