• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Admin
  • Pengiklanan
  • Contact
sembang-auto.com

sembang-auto.com

Peneraju informasi automotif Malaysia

Mitsubishi rancang lancar 8 model kereta mesra alam

January 23, 2011 by admin Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Email, RSS Follow

FIRMA automotif Jepun, Mitsubishi Motors Corp (MMC) akan melancarkan lapan model kereta mesra alam menjelang Mac 2016 dan pada masa sama bercadang meningkatkan pengeluarannya di Brazil, Russia dan pasaran sedang muncul Asia.

Mitsubishi akan melancarkan lapan kenderaan elektrik dan hibrid bermula dengan kenderaan komersial mini, MINICAB-MiEV, kata syarikat itu ketika ia mengumumkan pelan perniagaan jangka sederhananya bermula April. Pengeluar kenderaan keempat terbesar Jepun itu melancarkan i-MiEV, kenderaan elektrik komersial pertama dunia pada 2009.

Lapan model itu termasuk kenderaan hibrid elektrik-gas bahan bakar pertama Mitsubishi yang akan dikeluarkan pada tahun kewangan bermula April 2012.

Mitsubishi berkata, ia akan ‘menyelaraskan’ pengeluaran dan kapasiti ke paras yang sesuai dalam pasaran matang, sambil meningkatkan pengeluaran di pasaran sedang muncul.

“MMC akan mengukuhkan kapasiti pengeluarannya di pasaran sedang muncul seba-gai maklum balas kepada peningkatan permintaan di rantau berkenaan,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Presidennya, Osamu Masuko, berkata Mitsubishi akan turut mengukuhkan lagi perniagaannya di China menerusi kerjasama dengan rakan kongsi di republik itu.
“Ada permintaan domestik yang besar di China dan standard hidup rakyatnya juga meningkat dengan pesat. Saya percaya tiada keraguan bahawa China akan terus berkembang,” katanya.

Mitsubishi berkata, ia akan membina kilang ketiga di Thailand bagi menjadikannya hab eksport kedua terbesar syarikat itu selepas Jepun.

Ia akan turut meningkatkan kapasiti pengeluaran di China dan Brazil serta pengeluaran berskala penuh untuk kenderaan utiliti sport di Russia.

Nisbah pengeluaran di luar negara kepada output keseluruhan syarikat itu dijangka meningkat kepada 54 peratus pada 2013 berbanding 44 peratus pada 2010.
Pengeluaran global dijangka melonjak kepada 1.58 juta unit daripada 1.1 juta unit se-panjang tempoh sama, kata syarikat itu.

Bagi kebanyakan firma automotif Jepun, peningkatan nilai yen berbanding dolar dan euro menjejaskan keuntungan dan menjadikan pengeksportan kenderaan dari Jepun kurang menguntungkan.

Lebih banyak syarikat sedang menimbang untuk memindahkan pengeluaran ke luar negara untuk kekal kompetitif berbanding pesaing berikutan mata wang yang lemah di negara sendiri. – AFP

Email, RSS Follow

Share this:

  • Facebook
  • X
Share this on WhatsApp

Filed Under: Uncategorized

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
CAPTCHA Image
Refresh Image
*

Primary Sidebar

Iklan

Like Kami Di Facebook

Hantaran Terkini

  • 5 Model Teratas Pasaran Kereta Di Jepun Untuk Separuh Pertama Tahun 2025 September 20, 2025
  • Proton Persona Capai 1 Juta Kilometer, Pemilik Berasa Bangga Bersama ‘Sahabat’ September 18, 2025
  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti March 10, 2024
  • Nombor Siri Alphard Vellfire AGH30/35 Berkemungkinan Mengalami Masalah Gearbox December 12, 2023
  • Toyota Bakal Keluarkan Kereta Elektrik Dengan Had Jarak Lebih 1000km, Dijual Pada 2027 September 17, 2023
  • Proton X90 Terbakar: Pemilik Perlu Periksa Di Pusat Servis September 16, 2023
  • Enjin Vellfire Siri 20 Bunyi Bising: Mekanik Buat Ujikaji Buang Balance Shaft September 16, 2023
  • Brosur Vellfire Siri 40 Baharu Bocor Sebelum Pelancaran June 15, 2023
  • Lagi Gambar Alphard Dan Vellfire 2023 Bocor Sebelum Pelancaran June 11, 2023
  • Gambar Toyota Alphard Dan Vellfire Siri 40 Bocor Sebelum Pelancaran Rasmi May 30, 2023

Carian

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in