Uncategorized

Penarafan keselamatan untuk kenderaan: Kereta 1*-5*

January 26, 2011

MyVAP jadi penanda aras tahap selamat automotif tempatan

KUALA LUMPUR: Semua kenderaan baru keluaran syarikat automotif tempatan akan diberi penarafan keselamatan satu hingga lima bintang bagi membolehkan orang ramai menilai ciri-ciri keselamatan model kenderaan yang dipasarkan oleh pengeluar ketika membeli kenderaan.-Berita Harian

Komen: Satu permulaan yang bagus dari kerajaan untuk memastikan kereta yang dibuat oleh pengeluar tempatan betul-betul selamat dan mampu menyaingi taraf keselmatan pengeluar ternama lain. Baru-baru ini juga kerajaan mewajibkan sekurang-kurangnya 1airbag untuk kereta baru bermula tahun 2012. Keselamatan pengguna perlu diutamakan dan bukannya keuntungan semata-mata.

Update: MyVAP atau Malaysia Vehicle Assesment Programme akan mempunyai fasiliti ujian perlanggaran sendiri di Bukit Katil, Melaka yang akan menelan belanja RM5 juta. MyVAP pada mulanya akan menilai kereta tempatan sebelum dinaiktaraf kepada NCAP Malaysia mengikut piawaian Amerika dan Eropah.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!