Perodua

PERODUA Lancar Model Baru Lebih bergaya, Sporty

January 12, 2011

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) akan melancarkan satu lagi model baru tahun ini yang menampilkan reka bentuk terkini, lebih bergaya dan sporty. Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata menerusi model baru itu serta barisan model paling laris sedia ada, MyVi, Alza dan ViVa, pihaknya yakin akan sekali lagi merekodkan jualan tertinggi tahun ini. Pengeluar kenderaan nasional kedua itu menyasarkan jualan 195,000 unit tahun ini, meningkat empat peratus daripada 188,600 unit yang dicatatkan tahun lalu.

“Model baru adalah sesuatu yang diperlukan syarikat automotif dalam mencatatkan pertumbuhan jualan. Bagi PERODUA, kami akan memperkenalkan satu model baru setiap dua tahun dan seperti yang dijanjikan, penggemar kereta kompak akan disajikan dengan pengenalan ahli baru dalam barisan keluarga PERODUA tidak lama lagi,” katanya pada taklimat media mengenai prestasi syarikat itu pada 2010 di Rawang, semalam.

Aminar Rashid enggan memberi butiran lanjut mengenai model baru itu, tetapi penganalisis yang dihubungi berkata, ia berkemungkinan besar membabitkan kereta sedan kompak dengan kapasiti enjin 1.5 liter.

“Model baru bakal dilancarkan PERODUA tahun ini berkemungkinan diasaskan daripada satu daripada model sedan kompak popular Daihatsu. Ini tentunya akan merancakkan lagi industri automotif tempatan tahun ini,” katanya.
Aminar Rashid berkata, dengan pengenalan model baru itu nanti serta persekitaran ekonomi yang bertambah baik, PERODUA yakin meningkatkan lagi penguasaan pasarannya tahun ini daripada 31.2 peratus sekarang.

Mengenai perbelanjaan modal PERODUA tahun ini, Aminar Rashid berkata, pengeluar kenderaan nasional kedua itu akan melabur RM614.2 juta.

Katanya, daripada peruntukan itu, sebahagian besar digunakan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran dengan pembinaan kemudahan pengeluaran transmisi automatik elektronik (EAT) baru, manakala selebihnya untuk penambahan cawangan rangkaian jualan dan servis.

Dalam pada itu, Aminar Rashid berkata, PERODUA sebagai syarikat usaha sama Malaysia dan Jepun, akan terus menambah baik sistem kawalan mutunya. – Berita Harian

Model baru tersebut adalah model Myvi baru yang kita telah beberapa spy shots sebelum ini. Dengan konsep widebody, model Myvi ini dijangka meneruskan styling Alza dengan lampu projektor kristal dan ada yang mengatakan ia mempunyai varian 1.5liter.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!