Proton telah melancarkan secara rasmi pasukan rali R3 Malaysia untuk bertanding pada kejohanan rali IRC dan APRC musim 2011. Perasmiannya dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek. Dua orang pemandu akan memandu kereta ini pada setiap kejohanan rali tersebut iaitu Chris Atkinson dan Alistair McRae. Satria Neo S2000 ini sudahpun dipertingkatkan dengan pertambahan kuasa kuda dari 278hp kepada 305hp. Kejohanan pertama yang akan disertai mereka ialah rali Monte Carlo. Semoga pasukan ini berjaya menjadi juara dan layak ke rali WRC.
Sumber: autoinsidermalaysia.blogspot.com