Lotus, Renault

Renault Megan RS, Lotus Evora, Elise S1 dan Elise Di RnR Lebuhraya ELITE

January 9, 2011


Klik gambar untuk saiz lebih besar

Semalam saya dalam perjalanan ke Klang melalui lebuhraya ELITE, saya telah terserempak dengan sekumpulan kereta berprestasi tinggi iaitu Lotus dan Renault Megane. Satu kumpulan Lotus iaitu model Evora dan Elise bernombor pendaftaran sementara mungkin adalah milik pengedar Lotus dan sedang dipandu uji oleh bakal pembeli. Memang hebat model-model Lotus tersebut jika dilihat dalam keadaan sebenar. 2 Elise juga berbeza varian pakej jika dilihat dari bentuk kepak belakangnya yang mana satu menggunakan spoiler konvensional dan satu lagi berbentuk GT Wing.


Klik gambar untuk saiz lebih besar

Sementara itu selang beberapa petak parking pula terdapat lagi sekumpulan kereta Lotus dan Renault Megane RS. Lotus Elise dan Renault Megane bernombor pendaftaran Singapura manakala Lotus Elise S1 bernombor pendaftaran Kedah dan Pulau Pinang. Saya yakin kumpulan yang ini adalah kumpulan yang berasingan dan ini adalah kebetulan sahaja.

Klik gambar untuk saiz lebih besar

Lotus Europa, seperti model Lotus yang lain, dikatakan akan disalin sebagai kereta Proton juga memang nampak hebat dan mantap. Pasti kalau projek tersebut menjadi kenyataan, ramai peminat-peminat kereta sport akan membelinya.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!