Spy Shots

Spy shots Ford Mondeo Facelift Dijumpai

January 1, 2011

Ford Mondeo yang dilancarkan pada tahun lepas nampaknya akan melalui fasa facelift tidak lama lagi. Model yang begitu popular di Eropah ini di katakan mempunyai handling atau kawalan yang ditaraf lebih tinggi dari BMW. Namun rekaannya sedikit kurang menyerlah tetapi untuk peminat Ford, siapa peduli. Asalkan kawalannya dalam kelas terbaik.

Perubahan yang boleh kita perhatikan dari luaran ialah bumper hadapan baru dengan perubahan rekabentuk gril dan juga lampu kabus. Lampu hadapan tiada perubahan dan mungkin ini minor facelift sahaja. Sila teruskan bacaan untuk lebih info dan gambar Ford Mondeo Facelift.



Bahagian belakangnya nampak sedikit perubahan iaitu bumper belakang dengan diffuser dan lampu kombinasi belakang mendapat rekaan baru. Ford Mondeo ini bakal mendapat varian baru enjin turbo suntikan terus 1.6liter dengan kuasa 160hp atau 200hp untuk versi 2.0liter. Ford Mondeo di Malaysia menggunakan enjin 2.3liter dan dijual pada harga RM178,888.

Sumber: autoexpress

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!