Proton, Spy Shots

Gambar Spy Shots Pertama Persona R dan EMAS di Litar Ujian Proton?

February 19, 2011

Sumber dari blog funtastickodesign telah menjumpai beberapa gambar Spy Shots yang dipercayai model prototaip Persona R dan EMAS di litar ujian Proton Shah Alam. Berdasarkan perbandingan dengan 2 gambar iaitu konsep Tuah aka Persona R dan Inspira, jelas gambar misteri di atas lebih menyerupai Tuah atau Persona R dari segi lengkuk sisi, muncung hadapan dan bahagian belakang.

Konsep Tuah aka Persona R

Perhatikan kedua-kedua gambar di atas dengan gambar spy shots di atas? Mana satu lebih menyerupai antara satu sama lain? Seperti yang admin nyatakan di atas, firasat admin mengatakan ianya lebih menyerupai Tuah atau Persona R berdasarkan lengkuk tepi yang lebih dalam berbanding Inspira dan rekaan garisan karektor yang lebih tajam. Persoalannya apakah acuan komponen atau komponen percubaan sudahpun siap pada ketika ini kerana pelancarannya adalah suku ketiga 2012? Apa pendapat anda?

Satu lagi spy shot adalah mirip kepada model EMAS. Yang ini mungkin mudah untuk di agak kerana Proton sedang memnbangunkan model kereta kecil dunia pada ketika ini. Persoalannya, apakah soal kerjasama penggunaan platform telah dimuktamadkan oleh sebab itu kita dapat lihat EMAS itu boleh ‘bergerak’?

Pasukan Proton sekarang tengah sibuk dengan ujian-ujian model baru dan ini adalah satu perkembangan positif di mana Proton sudah pun mengikut aliran semasa dunia automotif. Model baru, rebadge, global car, sukan permotoran adalah perkara wajib bagi sesebuah pengeluar kereta. Admin amat tertunggu-tunggu model baru dari Proton terutamanya model Persona R.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!