Uncategorized

GP Formula 1 Bahrain Dibatal, Nico Rosberg Catat Masa Terpantas Sesi Latihan

February 21, 2011

Musim GP Formula 1 2011 menerima tamparan apabila pusingan pembukaannya di Bahrain telah dibatalkan kerana pergolakan yang berlaku di negara teluk tersebut. Pihak penganjur telah mengumumkan kepada supremo F1 iaitu encik Ecclestone mengenai pembatalan itu. Pihak penganjur F1 akur dengan keputusan tersebut. Walaubagaimanapun, keputusan untuk meminda tarikh GP Bahrain belum lagi dibincangkan dan perlumbaan akan diteruskan ke arena pusingan kedua iaitu litar Alber Park, Melbourne Australia sebelum pusingan ketiga iaitu litar Sepang di negara kita.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Nico Rosberg dari pasukan Mercedes GP telah mencatat masa tepantas ujian pra musim ketiga di litar Catalunya, Sepanyol. Catatan masa Rosberg mengatasi masa terpantas yang dicatat oleh penyandang juara dunia iaitu Sebastian Vettel dari Red Bull Racing. Ini juga menunjukkan kereta tajaan syarikat gergasi minyak negara kita itu cukup kompetitif untuk mencabar kejuaraan musim 2011. Berikut adalah keputusan penuh catatan masa sesi latihan.

Pos — Driver — Constructor — Time — Laps completed

1 — Nico Rosberg — Mercedes GP — 1m23.168 — 92

2 — Vitaly Petrov — Lotus-Renault — 1m23.463 — 93

3 — Lewis Hamilton — Vodafone McLaren Mercedes — 1m23.858 — 93

4 — Pastor Maldonado — Williams — 1m24.815 — 60

5 — Mark Webber — Red Bull Racing — 1m24.995 — 139

6 — Jarno Trulli — Team Lotus — 1m25.454 — 48

7 — Sergio Perez — Sauber — 1m25.557 — 115

8 — Adrian Sutil — Force India F1 — 1m25.720 — 102

9 — Sebastien Buemi — Scuderia Toro Rosso — 1m26.155 — 31

10 — Felipe Massa — Ferrari — 1m26.508 — 123

11 — Timo Glock — Virgin Racing — 1m26.598 — 97

12 — Giorgio Mondini — HRT F1 — 1m28.178 — 39

13 — Daniel Ricciardo — Scuderia Toro Rosso — 1m28.329 — 42

14 — Narain Karthikeyan — HRT F1 — 1m30.722 — 32

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!