Uncategorized

Honda Malaysia Panggil Balik City, Jazz

February 17, 2011

Honda Malaysia telah mengumumkan untuk memanggil semula 21,956 unit model City 2009 dan 1680 unit Jazz atas kemungkinan masalah spring. Pada kereta yang terlibat, spring yang mana biasanya dipadatkan oleh lengan penggoncang atau ‘rocker arm’ pada kegunaan biasa akan kehilangan tegangan dan boleh bengkok atau pecah pada bila-bila masa menyebabkan bunyi enjin yang bising dan enjin mati secara tiba-tiba. Walaubagaimanapun, belum ada kemalangan jiwa dilaporkan. Honda Malaysia akan menulis surat kepada pengguna yang terlibat untuk program panggilan balik semula ini.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!