Mazda

Mazda MPV, Adaptasi Konsep ‘Nagare’

February 6, 2011

Nissan Motor, pengeluar kereta ketiga terbesar di Jepun telah menandatangani perjanjian dengan Mazda untuk menyalin model Mazda Premacy atau dikenali sebagai Mazda 5 untuk pasaran luar Jepun. Nissan akan mengubah rekabentuk Mazda 5 kepada rekaan Nissan dan akan mula menjualnya pada bulan Mei tahun ini.

Mazda 5 merupakan model pertama Mazda yang menggunakan bahasa rekaan baru mereka berkonsepkan ‘nagare’ atau aliran yang bertujuan untuk mengurangkan geseran angin dan bunyi bising angin. Enjin 2.0 liternya mempunyai fungsi S-VT (sequential valve timing) menghasilkan kuasa 142hp dan 180nm tork dipadankan dengan kotak gear automatik 5 kelajuan activematic cukup untuk memberikan pemanduan yang berkuasa, fungsi S-VT (VVT) untuk penjimatan minyak dan pemanduan yang lancar. Rekaan instrumen panel juga lebih bercirikan pemandu dengan suis kawalan mudah capai serta kualiti tekstur acuan yang terkini memberikan penampilan lebih solid dan ‘well built’. Ciri unik lain ialah pintu belakang jenis gelongsor yang menjimatkan ruang. Harga jualan di Malaysia adalah RM154,155.50 atas jalan.

Sebuah lagi MPV dari Mazda yang dijual oleh Bermaz Motor ialah Mazda 8. Mazda 8 adalah sebuah MPV kelas besar dan asas rodanya menyamai Toyota Aphard, Honda Elysion mahupun Naza Ria. Ianya dipacu oleh enjin 2.3liter berkuasa 163hp dan 203nm tork dipadankan dengan kotak gear automatik 5 kelajuan activematic cukup pantas untuk membawa beratnya sendiri dan penumpang.

Rekaan dalamannya pula lebih ‘plain’ dan konvensional berbanding dengan adiknya iaitu Mazda 5 nampak seperti kurang premium dari imejnya yang dianggap MPV premium. Roda stereng juga tidak mempunyai fungsi pelbagai. Mazda 8 ini sesuai untuk perjalanan jarak jauh dan kurang sesuai untuk dijadikan kenderaan untuk ulang alik kerja atau gunaan harian. Harga jualannya ialah RM195,404.20 atas jalan.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!