Uncategorized

Nasim Tambah Eksport Model Peugeot 207

February 22, 2011

NASIM Sdn Bhd (Nasim), pengedar tunggal kenderaan berjenama Peugeot di negara ini akan memperbanyakkan jumlah eksport model Peugeot 207 baru ke Thailand tidak lama lagi selain menembusi pasaran Indonesia bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, SM Nasarudin SM Nasimuddin, berkata model buatan Malaysia itu mula memasuki pasaran Thailand November tahun lalu dengan jumlah eksport awal sebanyak 44 unit.

“Selain Thailand dan Indonesia, kami akan memulakan aktiviti eksport model 207 ke pasaran lain di rantau ini antaranya Brunei dan Sri Lanka serta pasaran pemanduan kanan di Afrika tidak lama lagi.

“Langkah ini akan terus mengukuhkan Malaysia sebagai hab serantau bagi kenderaan Peugeot,” katanya ketika mengumumkan rancangan eksport terbaru syarikat sempena lawatan Duta Perancis ke Malaysia, Marc Barety ke kilang pembuatan Naza Automotive Manufacturing (NAM) di Gurun, Kedah.

Dalam lawatan itu, Barety diiringi kakitangan Kedutaan Perancis di Malaysia serta ahli Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia-Perancis (MFFCI).

Mengulas lanjut, SM Nasarudin berkata, model 207 sedan mendapat sambutan hangat di negara ini apabila mencatat jumlah jualan 306 unit.

Selain itu, katanya, Nasim akan mengeluarkan 60,000 model T73 dalam tempoh lima tahun bermula tahun depan sehingga 2016.

“Sebanyak 60 peratus daripada jumlah ini akan dieksport ke pasaran pemanduan kanan di Asean dan rantau luar,” katanya.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!