Uncategorized

Pameran Motor Geneva Kembali Lagi

February 28, 2011

Pameran Motor Antarabangsa Geneva kembali dalam masa kurang 2 hari. Antara pameran motor antarabangsa yang paling prestij dalam kalendar pameran motor tahunan. Di sini menjadi tempat banyak pengeluar membuat kemunculan perdana dunia untuk model terbaru mereka dan juga tempat pertunjukkan pelbagai model konsep yang dijangka didominasi oleh model hibrid dan elektrik penuh. Tahun ini pengeluar kereta nasional kita iaitu Proton Holdings Bhd tidak menyertai pameran kali ini berdasarkan keputusan carian admin dalam daftar pameran. Tahun lepas kita dapat saksikan Proton mempamerkan konsep kereta kecil dunia mereka iaitu model EMAS.

Namun begitu, anak syarikat Proton iaitu Lotus Cars Plc akan menyertai pameran kali ini dengan mempamerkan model Lotus Evora talaan Mansory dan juga Lotus Elise Club Racer. Mansory merupakan pakar ubahan kosmetik popular dan pernah memberi sentuhan kosmetik kepada Porsche Panamera dan Roll Roys Ghost dengan bahan dari gentian fiber. Lotus Elise Club Racer pula mendapat pengurangan berat untuk lebih prestasi. Apa pun kita harap Proton Persona R nanti membuat kemunculan perdana dunia di Pameran Motor Antarabangsa Paris bagi menandakan lahirnya model global pertama Proton.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!