Uncategorized

Pengagihan AP Kereta Kekal 10% – MITI

February 10, 2011

Tiada sebarang perubahan dalam pengagihan polisi permit import (AP) dan kekal mengikut dasar sedia ada seperti diamalkan sejak dulu iaitu 10 peratus daripada Jumlah Kuantiti Industri (TIV).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata kerajaan tidak bercadang mengubah pengagihan AP dan kekal 10 peratus berdasarkan polisi kementerian iaitu enam peratus daripada jumlah itu diagihkan kepada pemegang AP terbuka terdiri 100 peratus Bumiputera.

“Baki empat peratus diberikan kepada pemegang AP francais membabitkan syarikat yang mempunyai francais dengan pengeluar kereta luar negara,” katanya ketika ditemui selepas lawatan ke Kompleks Automotif DRB-Hicom, di Pekan, Pahang, kelmarin.

Beliau berkata, AP dikeluarkan berdasarkan TIV pada tahun sebelumnya dan tiada sebarang perubahan dilakukan.

“Tiada dasar baru dan dasar sedia ada tidak akan berubah, jumlah pemberian AP adalah 10 peratus daripada TIV, itu polisinya dan ia kekal buat masa ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menafikan dakwaan segelintir pemegang AP francais konon pengagihan AP kepada pemegang AP terbuka dinaikkan. – Harian Metro

Komen:
Permit import kereta atau AP telah menjadi bualan hangat apabila pengeluar kereta luar negara seperti Honda dan Toyota merungut kerana agihan untuk mereka tidak mencukupi menyebabkan pelanggan terpaksa menunggu berbulan-bulan untuk model hibrid Prius dan Insight kerana kekurangan AP. Mereka juga telah lama mengusulkan agar agihan AP terbuka dikurangkan atau dimansuhkan kerana mereka hanya berpaksikan keuntungan tanpa mempunyai tanggungjawab terhadap imej jenama.Masalah AP juga telah memaksa Toyota untuk memulakan pengeluaran CKD model popular mereka iaitu Camry.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!