Uncategorized

Pentadbiran Keselamatan Lebuhraya dan Trafik Kebangsaan (NHTSA) Siasat 100 Ribu Unit Volkswagen dan Audi Kerana Pam Minyak

February 12, 2011

Menurut sumber autoblog, pentadbiran keselamatan lebuhraya dan trafik kebangsaan (NHTSA) sedang melakukan siasatan ke atas lebih 100 ribu unit model Volkswagen dan Audi kerana masalah pam minyak. Ianya melibatkan enjin diesel sahaja. Ia sudah menerima 160 aduan atas perkara ini dan ianya boleh menyebabkan pam minyak gagal berfungsi dan menyebabkan enjin tiba-tiba mati. Walaupun begitu, belum ada kemalangan jiwa dilaporkan. Penyiasatan itu dilakukan ke atas model Golf keluaran 2010, Jetta 2009-2010 dan Audi A3 2010. Menurut Volkswagen, penyebab utama kepada kegagalan tersebut adalah kerana percampuran minyak petrol dan diesel akibat kesalahan pemilik mengisi minyak. Tiada waranti diberikan untuk itu kerana ianya adalah kesilapan pengguna. Mereka juga menerangkan terdapat 120kes yang direkod oleh pusat servis atas kegagalan yang disebabkan kesalahan mengisi minyak.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!