• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Admin
  • Pengiklanan
  • Contact
sembang-auto.com

sembang-auto.com

Peneraju informasi automotif Malaysia

Promosi Pinjaman 2.88% Untuk Proton Inspira Dan Exora

February 27, 2011 by admin Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Email, RSS Follow

Semasa membaca surat khabar pagi tadi, admin terbaca iklan mengenai promosi pinjaman 2.88% dari Proton untuk model Inspira dan Exora. Tawaran hanya sah sehingga 31 Mac ini sahaja. Berdasarkan kiraan harga Sebuah Exora pada 3.75%, promosi kali ini memberi penjimatan sebanyak 22% untuk pembiayaan pihak bank setahun dan pastinya amat dialu-alukan. Selain daripada model Saga, model Exora dan Inspira adalah model yang paling dikehendaki pelanggan dan strategi ini dilihat tepat untuk menyaingi Perodua yang memberikan rebat sebanyak RM2000 untuk setiap pembelian model Alza, Myvi dan Viva. Cepat rebutlah peluang ini untuk miliki kereta Proton baru anda. Bank yang menyertai program ini adalah Maybank, RHB Islamic, Public Bank dan Ambank.

Komen admin:
Adakah ini perang harga oleh pengeluar kereta? Jika benar pasti adalah baik kerana ianya memberi manfaat kepada bakal pembeli kereta baru. Admin rasa Perodua sejak awal tahun mengiklankan rebat RM2000 di konti radio tetapi tidak pasti apakah sebab rebat diberikan. Biasanya pada hujung tahun setiap pengeluar memberikan rebat untuk biaya mahupun harga diskaun kerana pembeli menunggu peralihan tahun namun kini pada awal tahun pun ada diskaun. Ini adalah satu perkembangan yang baik dan kita amat alu-alukannya.

Email, RSS Follow

Share this:

  • Facebook
  • X
Share this on WhatsApp

Filed Under: Proton

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
CAPTCHA Image
Refresh Image
*

Primary Sidebar

Iklan

Like Kami Di Facebook

Hantaran Terkini

  • 5 Model Teratas Pasaran Kereta Di Jepun Untuk Separuh Pertama Tahun 2025 September 20, 2025
  • Proton Persona Capai 1 Juta Kilometer, Pemilik Berasa Bangga Bersama ‘Sahabat’ September 18, 2025
  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti March 10, 2024
  • Nombor Siri Alphard Vellfire AGH30/35 Berkemungkinan Mengalami Masalah Gearbox December 12, 2023
  • Toyota Bakal Keluarkan Kereta Elektrik Dengan Had Jarak Lebih 1000km, Dijual Pada 2027 September 17, 2023
  • Proton X90 Terbakar: Pemilik Perlu Periksa Di Pusat Servis September 16, 2023
  • Enjin Vellfire Siri 20 Bunyi Bising: Mekanik Buat Ujikaji Buang Balance Shaft September 16, 2023
  • Brosur Vellfire Siri 40 Baharu Bocor Sebelum Pelancaran June 15, 2023
  • Lagi Gambar Alphard Dan Vellfire 2023 Bocor Sebelum Pelancaran June 11, 2023
  • Gambar Toyota Alphard Dan Vellfire Siri 40 Bocor Sebelum Pelancaran Rasmi May 30, 2023

Carian

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in