Semasa membaca surat khabar pagi tadi, admin terbaca iklan mengenai promosi pinjaman 2.88% dari Proton untuk model Inspira dan Exora. Tawaran hanya sah sehingga 31 Mac ini sahaja. Berdasarkan kiraan harga Sebuah Exora pada 3.75%, promosi kali ini memberi penjimatan sebanyak 22% untuk pembiayaan pihak bank setahun dan pastinya amat dialu-alukan. Selain daripada model Saga, model Exora dan Inspira adalah model yang paling dikehendaki pelanggan dan strategi ini dilihat tepat untuk menyaingi Perodua yang memberikan rebat sebanyak RM2000 untuk setiap pembelian model Alza, Myvi dan Viva. Cepat rebutlah peluang ini untuk miliki kereta Proton baru anda. Bank yang menyertai program ini adalah Maybank, RHB Islamic, Public Bank dan Ambank.
Komen admin: Adakah ini perang harga oleh pengeluar kereta? Jika benar pasti adalah baik kerana ianya memberi manfaat kepada bakal pembeli kereta baru. Admin rasa Perodua sejak awal tahun mengiklankan rebat RM2000 di konti radio tetapi tidak pasti apakah sebab rebat diberikan. Biasanya pada hujung tahun setiap pengeluar memberikan rebat untuk biaya mahupun harga diskaun kerana pembeli menunggu peralihan tahun namun kini pada awal tahun pun ada diskaun. Ini adalah satu perkembangan yang baik dan kita amat alu-alukannya.