Proton, Uncategorized

Proton Masih Untung Walau Catat Kerugian Suku Ketiga

February 28, 2011


PROTON Holdings Bhd dijangka mencatat keputusan kewangan lebih baik dalam tempoh setahun hingga dua tahun selepas selesai melaksanakan penstrukturan semula Lotus Group International Ltd, kata Penasihatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“PROTON tidak mengalami kerugian. Ia masih mencatat keuntungan, namun keuntungan itu berkurangan susulan kerugian Lotus Group.
“Sebelum kita dapat menstruktur semula, tentu ada kerugian,” katanya kepada media pada Forum Bioteknologi 2011 di Subang Jaya, semalam.

Pengeluar kereta nasional itu mencatatkan kerugian sebelum cukai RM51.535 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Disember 2010 berbanding dengan keuntungan sebelum cukai RM82.958 juta pada suku yang sama sebelum ini.

Ia adalah susulan kos penjenamaan semula dan perbelanjaan penstrukturan semula yang dialami Lotus Group.

Pendapatan bagi kajian itu itu merosot kepada RM1.833 bilion daripada RM2.013 bilion.

Syarikat itu melaporkan kemerosotan keuntungan yang sebahagian besarnya berikutan kos penjenamaan yang lebih tinggi serta perbelanjaan penstrukturan semula yang ditanggung oleh Lotus Group.
Sebagai sebahagian daripada pelan transformasi bagi memulihkan Lotus, kumpulan itu mulai melabur dalam rasionalisasi rangkaian pengedar dan aktiviti penjenamaan bagi
melaksanakan pelan perniagaan lima tahun itu.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!