Proton

Satria Neo R3 Baru Dilancar 28 Februari, Terhad 300 Unit

February 27, 2011

Proton Holdings Berhad akan melancarkan model Satria Neo R3 terbaru mereka pada 28 Februari ini dengan tawaran unit terhad kepada 300 unit sahaja. Model ini yang ditala khas oleh syarikat talaan milik Proton iaitu R3 mempunyai kuasa 145hp dan 168Nm tork selain beberapa komponen berprestasi tinggi lain.

Antara spesifikasinya ialah kerusi bucket edisi terhad R3 dibalut dengan kulit nappa, karbon PVC dengan jahitan merah, dashboard, gear konsol dan brek tangan berkemasan warna merah matte, door trim dua tona warna dan karpet lantai R3. Butang penghidupan enjin, pedal kaki aluminium dan gear knob yang menarik menambah keunikan Satria Neo R3 sebagai kereta berpaksikan prestasi. Cerminnya juga dilengkapi dengan pelindung suria dan keselamatan. Dalamannya dilengkapi dengan kit audio 2 Din diintegrasikan dengan unit panduan GPS 3D. Ciri keselamatan pula ialah beg udara berkembar dan brek ABS bersama EBD.

Model ini akan dijual pada harga RM79,797 termasuk insuran dan cukai jalan dan hanya ditawarkan dalam 1 warna sahaja iaitu merah api dengan bumbung berwarna hitam. Wang pendahuluan tempahan adalah sebanyak RM2000 dan anda boleh berbuat demikian sekarang di semua 23 cawangan Proton Edar di Semenanjung Malaysia sahaja atau telefon PROTON i-Care at 1-300-880-888 untuk keterangan lanjut.

Komen admin: Mungkin ini adalah yang terakhir untuk Satria Neo R3. Apa pun syabas diucapkan kepada Proton kerana berjaya mempelbagaikan varian modelnya terutama Satria Neo yang begitu kurang jualannya. Dengan kemunculan Neo R3 terbaru ini, ia bakal merancakkan jualan Neo sedia ada kerana peminat kereta hatch seperti Neo akan mengubahsuai sehingga seakan-akan Neo R3 ini. Apa pun sebagai pengajaran untuk jurureka Proton dan pengurusannya, buatlah kereta yang mempunyai target semua orang sebagai contoh model Golf. Walaupun ianya kereta hot hatch dan prestasi tinggi, masih tidak mengkompromi ruang dan keselesaan. Semoga Proton dapat mengeluarkan Satria yang lebih besar dan hot selepas ini.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!