Proton

Spy Shots Proton Exora Turbo Ditemui Lagi

February 14, 2011

Sumber dari blog paultan.org telah menjumpai lagi Spy Shots yang dipercayai model Exora Turbo yang akan dilancarkan oleh Proton pada suku kedua nanti. Perbezaan ketara pada rekaan grill, bumper depan dan skirting belakang, juga pada rim tayar. Lampu depan juga nampak macam ada perubahan. Apakah ia menggunakan lampu jenis projektor seperti Wish? Exora ini bakal menggunakan enjin turbocharged Campro CFE 1.6liter VVT berkuasa 138hp dan 205Nm tork dipadankan dengan kotak gear automatik CVT. Jika dilihat dari spesifikasi, kuasa enjin memang mantap dan CVT bakal memberikan perjalanan yang lebih ‘smooth’ sewaktu meluncur di lebuhraya dan menjimatkan ketika di bandar. Apa yang menjadi persoalan berapakah harga yang bakal diletakkan oleh Proton. Apakah kita bakal lihat Proton meletakkan tulisan 1.6T (turbo) dan VVT pada model keluarannya? Jika begitu, admin pun nak beli model ini.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!