Suzuki

Suzuki Panggil Balik 32,000 Unit Grand Vitara dan SX4 Di Amerika Syarikat

February 8, 2011

Suzuki telah memanggil balik 32 ribu unit model Grand Vitara dan SX4 dari tahun 2009 hingga awal 2011 kerana kemungkinan masalah komponen ‘adjuster pulley’ yang mengalami kecacatan pembuatan. Ia boleh menyebabkan drive belt tergelincir seterusnya menyebabkan enjin panas atau mati tiba-tiba.

Mengikut Pentadbir Keselamatan Lebuh Raya Kebangsaan, tension adjuster pulley untuk drive belt digunakan untuk operasi alternator, water pump, pendingin udara dan stereng kuasa telah dibuat secara tidak sempurna dan boleh pecah jika dikenakan stress berterusan. Belum ada kepastian samada model Grand Vitara dan SX4 pada tempoh tersebut di negara kita terlibat atau tidak. Sila hubungi pengedar berdekatan untuk info lebih lanjut. Ada kemungkinan terlibat jika Vitara dan SX4 di Amerika adalah sama dengan keadaan model CBU Suzuki di Malaysia.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!