News

Cadangan Ujian Memandu Guna Transmisi Auto

March 29, 2011

Kerajaan mungkin membenarkan ujian untuk mendapatkan lesen memandu dengan menggunakan kotak gear automatik. Di negara maju, memang sudah lama dipraktikkan sistem ujian 2 transmisi ini. Jika dilaksanakan, pasti melegakan calon-calon wanita yang mana selalu gagal kerana gugup atau kurang berani.(tidak bertujuan merendahkan wanita). Pernah admin lihat ketika mengambil lesen memandu 15 tahun lepas, seorang kakak apabila nak bergerak pun enjin sudah mati apatah lagi untuk ujian bukit. Ini adalah satu tindakan yang perlu disegerakan.Sumber:Berita Harian

Komen admin: Walaupun tindakan kerajaan untuk memperkenalkan sistem 2 transmisi itu baik, namun admin lihat sekolah-sekolah memandu pada masa ini hanya mementingkan keuntungan semata. Kereta ujian sudahla kancil, 660 cc, NGV pulak tu! Lepas tu langsung tak maintain. Harga juga semakin meningkat. Jika masa admin dulu tahun 1997 RM650 boleh dapat lesen motor dan kereta kini RM800 adalah untuk kereta sahaja.


Seperti di negara maju contohnya Jepun, kereta yang digunakan adalah sedan besar(Toyota Crown) dan memang standard habis. Logiknya, jika kita ambil ujian dengan kereta besar, pasti mudah untuk kita bawa kereta kecil tapi kalau dah ujian pakai kereta kecil macamana nak bawa kereta besar? Tu yang banyak kemalangan. Fikir-fikirkanlah.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!