Uncategorized

Chris Bangle Meterai Kontrak Dengan Samsung

March 14, 2011

Masih ingatkah anda dengan Chris Bangle (gambar)? Beliau adalah jurureka yang bertanggungjawab memberikan gaya rekaan bahasa yang baru untuk BMW. Beliau meninggalkan BMW selepas 17 tahun bekerja di sana pada 2009 dan kini dilaporkan memeterai perjanan dengan Samsung Electronics dari Korea Selatan. Chris Bangle, warga Amerika, menubuhkan syarikat rekaan sendiri iaitu Chris Bangle and Associates selepas meninggalkan BMW dan banyak terlibat dalam rekaan kapal layar dan barangan elektronik. Beliau akan mereka cipta rekaan untuk komputer riba dan telefon bimbit Samsung. Samsung sedang meningkatkan keupayaannya dalam bidang rekaan untuk memajukan lagi jenama mereka. Menurut Samsung juga, mereka akan menubuhkan akademi rekaan mereka untuk Bangle di Eropah dan bercadang untuk menghantar 10 orang jurureka mereka untuk bekerjasama dengan Bangle untuk mencari idea baru.

Komen admin: Satu keputusan yang tepat dari Samsung apabila mengambil Bangle sebagai jurureka mereka. Ini kerana Bangle merupakan jurureka yang bertanggungjawab mengubah secara drastik gaya rekaan BMW (gambar atas) berbanding sebelumnya yang nampak terlalu lurus dan membosankan. Rekaan BMW kini memang boleh memusingkan kepala sesiapa sahaja yang melihatnya dan boleh jadi rekaan Samsung selepas ini juga begitu. Proton juga perlu mengambil jurureka ternama untuk meningkatkan keupayaan dalaman mereka selain memberi kontrak rekaan kepada perunding luar seperti Italdesign Guigiaro untuk model Persona R dan EMAS.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!