Ford

Ford Fiesta Capai Jualan 1 Juta Unit Di Eropah Selepas 28 Bulan

March 13, 2011

Ford mencatat jualan kesejuta model Fiesta di Eropah selepas hanya 28 bulan pelancarannya. Fiesta versi Eropah di kilang di kilang Ford di bandar Cologne, Jerman. Ini merupakan pencapaian yang menakjubkan untuk Ford yang memang mempunyai pasaran yang agak besar di Eropah.

Di negara kita, Ford Fiesta didatangkan dengan 2 model iaitu model hatch dan sedan. Model hatch dilihat pesaing kepada model Suzuki Swift atau Honda Jazz manakala sedan dilihat bersaing secara terus dengan Vios, City, Forte dan juga 207.

Mengambil kira varian tertinggi model sedan untuk Vios, City, Forte, 207 dan Fiesta, sembang-auto membuat perbandingan dari segi harga dan powertrain yang ditawarkan oleh kesemua model yang disebutkan di atas.

Jika kita lihat dari segi harga dan teknologi yang ditawarkan, Ford Fiesta sememangnya amat berbaloi berbanding pencabar lain. Ianya juga ditawarkan dengan sistem keselamatan seperti kereta mewah seperti Program Kestabilan Elektronik (ESP) dan juga kawalan gelinciran (TC) disamping ciri standard iaitu brek anti kekunci dan pembahagian kuasa brek elektronik (EBD). Rekaan dalamannya juga lebih futuristik berbanding Vios, City dan Forte yang lebih konvensional.

Dari pengamatan admin, rekaan Fiesta memang nampak kecil dari luar tetapi bahagian dalam memang luas. Rekaan luarannya berdasarkan bahasa rekaan ‘kinetic’ Ford mempunyai CoD yang rendah seterusnya mengurangkan geseran angin. Untuk mereka yang mempunyai bajet untuk kereta-kereta di atas, admin syorkan supaya pandu uji Fiesta dulu sebelum memuktamadkan belian anda.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!