• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Admin
  • Pengiklanan
  • Contact
sembang-auto.com

sembang-auto.com

Peneraju informasi automotif Malaysia

Gambar Spy Shots Bahagian Belakang Model Gantian Nissan Latio/Tiida Sports

March 16, 2011 by admin Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Email, RSS Follow

Sumber dari Website China telah menemui gambar spy shots tanpa selindung bahagian belakang model gantian Nissan Tiida atau Latio Sports. Seperti yang kita dapat lihat, berdasarkan logo ia mempunyai DIG-S (Direct Injection Gasoline) dengan pengecas turbo. Tidak dapat dipastikan enjin turbo mana yang akan dipakai untuk model Latio Sports ini samada enjin 1.2T yang dipasang pada Nissan Micra atau 1.6T yang dipasang pada Nissan Juke menghasilkan kuasa 190hp dan 240Nm Tork. Kotak gearnya juga dijangka menggunakan Nissan X-Tronic CVT. Jika benar, model Latio mendapat perubahan yang besar dari segi enjin dan kotak gearnya.

Komen admin: Nissan sudahpun mengikut trend semasa dengan memperkenalkan enjin bersesaran kecil bercas turbo untuk penjimatan petrol dan kawalan pelepasan karbon. Menurut sumber, model Latio ini dikatakan bakal mencabar model popular Eropah iaitu Volkswagen Golf yang menggunakan enjin TSI dan kotak gear DSG.

Pengeluar kereta nasional kita iaitu Proton juga dalam peringkat akhir untuk melancarkan enjin turbocharged pertama mereka dengan Exora menjadi model pertama yang akan menggunakannya. Menurut sumber, Exora turbo akan dilancarkan pada awal bulan Julai tahun ini.

Enjin Turbo Proton

Enjin turbo Proton iaitu Campro 1.6liter CFE dengan VVT mempunyai unit turbocharger yang disumber dari Borg Warner (gambar atas) mempunyai kuasa 138hp dan 205Nm tork seawal 2000rpm sememangnya mengujakan. Enjin ini dikatakan masih menggunakan timing belt kerana pengubahsuaian untuk timing chain memerlukan belanja yang besar kerana perlu membuat pengubahan untuk perumah untuk pelincir timing chain.

Justeru itu Proton dilihat tidak mahu berbelanja besar untuk enjin yang bakal tidak menepati piawain emisi Eropah menjelang tahun 2014. Jadi apakah enjin yang bakal digunakan Proton selepas 2014? Menurut sumber, Proton sedang giat membangunkan enjin famili Y yang lebih canggih dan menepati piawaian pelepasan karbon yang ketat terutamanya di Eropah. Enjin family Y mempunyai 3 sesaran enjin iaitu 1.2liter, 1.6liter dan 1.8liter dengan pengecas turbo.

Email, RSS Follow

Share this:

  • Facebook
  • X
Share this on WhatsApp

Filed Under: Nissan Tagged With: Spy shots nissan latio

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
CAPTCHA Image
Refresh Image
*

Primary Sidebar

Iklan

Like Kami Di Facebook

Hantaran Terkini

  • 5 Model Teratas Pasaran Kereta Di Jepun Untuk Separuh Pertama Tahun 2025 September 20, 2025
  • Proton Persona Capai 1 Juta Kilometer, Pemilik Berasa Bangga Bersama ‘Sahabat’ September 18, 2025
  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti March 10, 2024
  • Nombor Siri Alphard Vellfire AGH30/35 Berkemungkinan Mengalami Masalah Gearbox December 12, 2023
  • Toyota Bakal Keluarkan Kereta Elektrik Dengan Had Jarak Lebih 1000km, Dijual Pada 2027 September 17, 2023
  • Proton X90 Terbakar: Pemilik Perlu Periksa Di Pusat Servis September 16, 2023
  • Enjin Vellfire Siri 20 Bunyi Bising: Mekanik Buat Ujikaji Buang Balance Shaft September 16, 2023
  • Brosur Vellfire Siri 40 Baharu Bocor Sebelum Pelancaran June 15, 2023
  • Lagi Gambar Alphard Dan Vellfire 2023 Bocor Sebelum Pelancaran June 11, 2023
  • Gambar Toyota Alphard Dan Vellfire Siri 40 Bocor Sebelum Pelancaran Rasmi May 30, 2023

Carian

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in