Nissan

Gambar Spy Shots Nissan Latio/Tiida Hatchback/Sports

March 23, 2011

Gambar spy shots Nissan Latio atau Tiida Sports telah dijumpai di China sebelum pelancarannya di Shanghai Auto show April depan. Bentuknya nampak lebih aerodinamik berbanding model sedia ada yang lebih bersegi. Gambar di atas menunjukkan ianya juga menggunakan lampu jenis projektor mungkin untuk model varian tertingginya. Ia nampak lebih kemas dan lebih berbentuk Eropah.

Menurut sumber, Nissan Latio Hatchback ni akan mengekalkan enjin HR16 untuk medium range tetapi kotak gear akan mendapat jenis CVT berbanding konvensional 4 AT sekarang. Versi sports pula dijangka mendapat enjin 1.6 liter turbocharged seperti yang digunakan Nissan Juke menghasilkan kuasa kuda sebanyak 190hp dan menyasarkan jualan untuk menyaingi model paling popular di Eropah iaitu Volkswagen Golf.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!