Uncategorized

Gempa Bumi Di Jepun Dijangka Menurunkan Jualan Kereta Dunia

March 12, 2011

Seperti yang semua sedia maklum, Negara Jepun telah dilanda gempa bumi paling kuat dalam sejarahnya di kawasa utara pulau utamanya iaitu Honshu semalam. Jepun merupakan negara pengeluar kereta terbesar dunia ketika ini dengan pengeluar utama mereka mengeluarkan sejumlah 18juta kereta setahun terutamanya gergasi kereta mereka iaitu Toyota dan Honda.

Gempa kali ini bukan sahaja memberi impak kepada pasaran domestik Jepun yang ketika ini bersaiz 400,000 unit sebulan malah kilang pengeluaran dalam negara dan luar negara juga bakal terjejas kerana bekalan komponen yang disumber dari negara matahari terbit itu mungkin terputus. Perodua mungkin tidak berapa terjejas kerana ibu pejabat Daihatsu terletak di Ikeda, Osaka dan Proton yang menyumber kotak gear Saga dari Aichikikai yang berpangkalan di Nagoya. Namun begitu, masalah logistik mungkin sedikit sebanyak akan menjejaskan penghantaran komponen tersebut.

Gempa kali ini mungkin akan membuatkan Jepun memindahkan sebahagian besar operasi pengilangan ke negara luar terutamanya komponen automotif berteknologi tinggi supaya jika gempa bumi melanda pun pengeluaran tidak terlalu terjejas. Ini mungkin dilihat peluang kepada pembekal komponen tempatan untuk mendapatkan kontrak baru. Berikut adalah video tsunami yang melanda Jepun.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!