Ferrari

Geneva 2011: Ferrari FF 2012 Serba Baru

March 2, 2011

Ferrari telah melancarkan model 4 tempat duduk terbaru mereka iaitu model Ferrari FF pada pameran motor Geneva yang sedang berlangsung ketika ini. Pada sesi akhbar, beberapa gambar telah dimuat naik di internet untuk kita sama-sama saksikan. Pastinya kepada peminat Ferrari yang sebelum ini menganggap kereta ‘Prancing Horse’ itu hanya mempunyai 2 tempat duduk dan enjin pasangan belakang, kali ini amat berlainan iaitu ia mempunyai tempat duduk belakang dan enjin pasangan hadapan. Mungkin itu sebab ianya dipanggil Ferrari FF. Rekaannya menyerupai Ferrari 458 terutamanya pada bahagian lampu hadapan. Ianya menggunakan enjin GDI 6.3-liter V12 (660 hp pada 8,000 RPM ; 683 Nm/504 lb-ft pada 6,000 RPM) dipadankan dengan kotak gear 7-kelajuan F1 DCT. Mungkin Naza Italia akan membawa masuk model ini secara rasmi nanti.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!