Volkswagen

Geneva 2011: Volkswagen Golf R

March 5, 2011

Volkswagen mempamerkan beberapa konsep model Golf R pada pameran moto Geneva kali ini. Golf R berwarna biru ini didatangkan dengan carbon fiber trim dan mirror caps, kerusi racing jenis bucket dibalut dengan kulit Nappa, rim 19 inci dan stereng kemasan kulit bercorak karbon. Belum ada informasi mengenai enjin dan kotak gear yang bakal digunakan dan spesifikasi kuasa yang dihasilkan.

Komen admin: Mungkin pembaca tidak tahu yang admin memang amat meminati model Golf. Namun, sebagai seorang pekerja biasa yang bergaji RM3000, memang admin tak mungkin dapat membeli Golf ini sampai bila-bila. Apa pun kelebihan Golf ini admin nampak pada kombinasi rekaan dan kuasa yang ditawarkannya. Walaupun ianya kereta berprestasi tinggi, namun ia tidak mengabaikan ciri ergonomik dan keselesaan pemandu dan penumpangnya.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!