Honda

Honda Lancar Model Brio Di Thailand

March 17, 2011

Honda telah melancarkan model kereta kecil kompak yang dinamakan Brio di Thailand semalam. Model ini dihasilkan berdasarkan konsep ‘man maximum, machine minimum’ yang bermaksud lebih kelebihan ditawarkan pada pengguna dalam pelbagai aspek seperti mudah guna di kawasan bandar dengan ruang dalaman yang luas walaupun ianya sebuah kereta kecil.

Honda Brio menggunakan enjin 1.2liter i-VTEC menghasilkan kuasa 90hp dipadankan dengan kotak gear CVT atau manual 5 kelajuan. Ia mempunyai kecekapan petrol pada 5l/100 km dan menepati piawaian kawalan pelepasan karbon tahap 4 di Eropah. Sistem keselamatannya juga baik iaitu 2 beg udara, brek anti kekunci (ABS) dan pengagihan kuasa brek elektronik (EBD) untuk semua varian.

Rekaan dalamannya pula agak menyerupai model hibrid Insight tetapi lebih mudah. Walaupun kombinasi warna yang digunakan nampak menarik, tetapi ianya tidak berapa sesuai untuk iklim negara ASEAN kerana kerusi mudah kotor. Warna lebih gelap lebih sesuai untuk iklim ASEAN. Honda Brio akan dijual bermula dari 399,900 Baht bersamaan RM40,300 manakala model teratas akan dijual pada harga 508,500 Bhat bersamaan RM51,235.

Engine Drive Transmission Size(mm)
(length × width × height)
Sales Price
(Baht)
1.2-liter i-VTEC FF CVT, 5MT 3,610×1,680×1,485 399,900~508,500

Komen admin: Model yang sesuai untuk diperkenalkan di Malaysia kerana sememangnya kereta kecil dengan penjimatan minyak maksimum menjadi pilihan rakyat Malaysia. Apa yang dibimbangkan ialah harganya jika ia memasuki Malaysia dan jika ianya CKD admin rasa harganya mungkin sedikit lebih rendah dari City.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!